Google Maps dikemas kini dengan info stesen pengecasan EV

18 Nov 2022 • 12:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google mengumumkan beberapa kemas kini dalam servis Maps mereka. Katanya bersempena dengan musim cuti hujung tahun di A.S sana tapi hei, kita pun boleh juga menikmati manfaatnya. Buat pengguna kereta elektrik (EV) Google telah memasukkan info lokasi pengecas kenderaan anda di dalam perkhidmatan mereka.

image is not available

Di ruangan carian, cuba buat carian frasa "Charging station" dan anda akan dihidangkan dengan senarai pengecas kereta disekitar anda. Ada juga fungsi menapis untuk anda cari stesen pengecasan yang menyediakan kepala pengecas yang bersesuaian beserta kapasiti kuasa 50kW dan keatas ataupun 150kW dan keatas. Tapi saya harap fungsi mencari stesen pengecas ini dimasukkan sekali sewaktu kita bernavigasi. Ciri "Search along route" setakat ini masuh menunjukkan butang "Petrol Stations" sahaja.

image is not available

Landskap EV kini meletup-letup di Malaysia. Ada banyak faktor menyumbang kepadanya. Salah satu daripada adalah pengecualian cukai jalan sehingga 2025.

Seiring dengan pertambahan EV di jalan raya, begitu juga dengan penyedia perkhidmatan mengecas. Contohnya anak syarikat Petronas, Gentari, yang ditubuhkan khas untuk hal-hal EV mensasarkan untuk memasang 25 ribu pengecas EV merentasi Asia menjelang 2025.

Sumber: Google