Ini adalah 5 ciri menarik Google Maps yang perlu anda terokai

9 Nov 2022 • 2:35 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Google Maps berevolusi dengan amat pesat. Daripada hanya sekadar servis peta,kemudian kepada navigasi kenderaan, kini ia adalah pusat sehenti untuk banyak perkara. Saya misalnya, tidak lagi gunakan Google Maps untuk pergi ke sesuatu destinasi, malahan saya gunakannya juga untuk mencari maklumat tentang sesuatu destinasi.

Mari uji sejauh manakah anda gunakan ciri Google Maps telefon pintar dengan periksa 5 ciri menarik Google Maps yang saya senaraikan di bawah.

1. Gunakan arahan suara untuk Google Maps pandu anda pulang

Anda boleh tetapkan lokasi kediaman anda dan lokasi tempat kerja. Caranya adalah dengan tekan gambar profil anda di penjuru kanan, kemudian pergi ke Settings.

image is not available

Di dalam halaman Settings, cari pilihan Edit home or work. Di situ, anda boleh pilih titik di atas peta ataupun masukkan alamat lokasi.

image is not available

Selepas semuanya telah ditetapkan, anda bolehlah gunakan arahan seperti "let's go home" ataupun "let's go to work" untuk aktifkan navigasi tanpa perlu menyentuh skrin.

2. Periksa tab “Latest in the area” untuk tengok reviu terbaru daripada pengguna sekitar

Biasanya terjadi sekiranya takt ahu nak makan di mana. Kalau pening nak pilih tempat makan, tekan butang Explore dan satu tab Latest in the area akan terpacul.

image is not available

Anda boleh tatal kebawah untuk melihat entri terbaharu tentang lokasi disekitar anda. Biasanya orang akan kongsikan maklumat tentang tempat makan menarik yang mungkin boleh jadi ilham kepada anda.

3. Jadi Local Guide: Periksa fakta dan reviu tempat

image is not available

Kalau anda temui tempat menarik di Google Maps seperti kedai makan, mercu tanda, ataupun kedai jual barang murah, data itu semuanya disumbangkan oleh pengguna Google Maps yang lain.

image is not available

Apakah anda ingat Google rajin sangat untuk turun padang?

Jadi. kalau anda rasakan Google Maps sangat berguna, mari kita sumbangkan sedikit data untuk manfaat pengguna lain juga. Anda boleh lakukannya di ruangan Contribute.

image is not available

Anda boleh sumbang daripada segi:

  • Beri skor
  • Tulis reviu
  • Sahkan fakta pengguna lain
  • Tambah gambar
  • Perbetul alamat

Walaupun tiada upah, tapi anda akan dianugerahkan lencana Local Guide mengikut skor terkumpul. Ada 10 tahan Local Guide boleh anda capai.

4. Offline Maps akan beri servis navigasi walaupun diluar capaian Internet

Sendainya anda pergi ke lokasi yang capaian Internetnya terhad ataupun kos untuk bersambung ke Internet adalah mahal, anda boleh gunakan ciri Offline mapsuntuk bantu anda bernavigasi.

image is not available

Anda boleh pilih satu kawasan di Google Maps untuk disimpan petanya dan digunakan di kemudian hari, walaupun tanpa sambungan Internet.

image is not available

Cara untuk muat turun peta adalah dengan pergi ke profil anda dan cari pilihan Offline maps. Google Maps akan sarankan anda untuk muat turun peta disekitar lokasi Home dan Work anda.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, anda boleh muat turun peta secara manual untuk lokasi lain.

5. Usyar Streetview untuk cari tempat parkir berpotensi

Ini fungsi yang sering saya gunakan sekiranya akan pergi ke tempat yang tidak saya mahir tentang selok-belok persekitarannya. Contohnya, di manakah saya boleh parkir kereta ataupun motorsikal.

image is not available

Menggunakan Streetview, anda boleh mendapat gambaran di paras mata.