Google Maps Kini Memaparkan Bayaran Tol Pada Aplikasi Android Dan iOS

TechnologyDigital
15 Jun 2022 • 8:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda tinggal di Lembah Klang, jalan dengan tol ialah lumrah harian yang sukar dielakkan. Masalah dengan ciri navigasi Google Maps ialah ia tidak memberikan anggaran bayaran tol apabila menggunakan laluan tertentu seperti Waze. Hari ini akhirnya Google Maps memaparkan jumlah bayaran tol pada aplikasi Android dan iOS.

Apabila pengguna mencari jalan ke sesuatu destinasi, beberapa saranan laluan akan diberikan. Terdapat ikon duit syiling yang apabila ditekan akan menunjukkan berapakah bayaran yang perlu dilakukan pada jalan yang bertol. Ciri ini diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat, India, Indonesia, dan Jepun terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada semua pengguna global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved