Google Maps Kini Menyokong AOD Pada Wear OS – Tetapi Terhad Untuk Pixel Watch

TechnologyDigital
13 Feb 2023 • 11:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan pintar Wear OS sedia menyokong AOD (Always on Display) atau skrin sentiasa aktif. Tetapi sokongan ciri ini amat terhad dan tidak seperti AOD pada telefon pintar.

AOD pada Wear OS hanya menyokong muka jam sahaja. Jika muka jam itu sedia mempunyai ciri AOD, rekaan berbeza akan dipaparkan yang khusus untuk jimat bateri dan masih boleh lihat data secara masa nyata seperti jam. Tetapi jika tidak, muka jam hanya berubah menjadi hitam/putih.

image is not available

Bukan itu sahaja, jika muka jam ada widget data seperti cuaca, nadi, jumlah tapak dan lain-lain – AOD jarang memaparkan data ini secara nyata kerana jam perlu diaktifkan terlebih dahulu untuk data disegarkan semula. Terkini, Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps untuk Wear OS agar sokongan AOD dipaparkan ketika menggunakan untuk arahan selok-belok.

Ini membolehkan jam memaparkan arahan selok-belok tanpa menggunakan kuasa tinggi dan bateri yang banyak. Sayang sekali, buat masa ini sokongan ini hanya boleh digunakan pada Pixel Watch sahaja dan tiada maklumat jika jam Wear OS lain dengan skrin OLED turut boleh menyokongnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved