Opera Memperkenalkan Ciri Shorten Yang Menggunakan ChatGPT Untuk Meringkaskan Artikel Panjang

TechnologyDigital
12 Feb 2023 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Opera hari ini mengumumkan ciri baharu pada pelayar web mereka yang diberi nama Shorten. Menerusinya, artikel panjang yang dipaparkan pada pelayar web Opera akan diringkaskan oleh ChatGPT.

image is not available

Kecerdasan buatan ini akan meringkaskan artikel kepada poin-poin pendek yang lebih mudah di hadam oleh pembaca. Dengan ini bagi mereka yang tiada masa untuk membaca artikel yang panjang masih boleh memahami topik yang ingin disampaikan. Ciri ini akan disokong pada Opera versi desktop dan telefon pintar dalam masa terdekat serta hanya menyokong ringkasan artikel dalam Bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini.