
Sebelum ini, pengguna iPhone yang tidak memasang aplikasi Gmail atau Google Meet tidak dapat menyertai panggilan Google Meet. Namun kini, Google telah memperkenalkan kemas kini baharu yang membolehkan pengguna iOS menyertai panggilan Meet terus melalui pelayar Safari.

Dengan adanya kemudahan ini, pengguna hanya perlu klik pautan mesyuarat dan boleh masuk tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan. Bagi tetamu atau pengguna yang tidak mempunyai akaun Google, mereka masih boleh menyertai mesyuarat dengan hanya menaip nama untuk memohon akses ke panggilan. Selain itu, pentadbir tidak memerlukan sebarang kawalan tambahan kerana fungsi ini beroperasi secara automatik.
Ini bermakna Google Meet kini lebih mesra pengguna, mudah diakses, dan tidak lagi membebankan pengguna iPhone dengan keperluan memasang aplikasi tambahan. Ia juga memudahkan pengguna berkaitan untuk sertai mesyuarat dengan cepat dan tanpa halangan teknikal.
Ciri ini dilancarkan secara berperingkat yang mungkin mengambil masa lebih daripada 15 hari untuk sesetengah domain dan tersedia untuk semua pengguna Google Workspace serta akaun Google peribadi.

