Google Meet Kini Membolehkan Anda Tutup Paparan Video Peserta Lain

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 12:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Meet kini menambah sebuah ciri baharu yang diinginkan ramai ketika membuat panggilan video – iaitu kebolehan untuk pengguna mematikan paparan video seseorang peserta lain dalam panggilan video.

Ini sekaligus akan memudahkan lagi fokus dalam sesuatu mesyuarat – terutamanya sekiranya seseorang pemanggil menyertakan latar yang menganggu, dan sebagainya.

image is not available

Menariknya, Google turut menyatakan peserta yang dimatikan paparan video tidak akan dimaklumkan.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google Meet di web dan peranti mudah-alih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved