Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok

25 Mar 2023 • 10:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pengguna TikTok dari negara lain pun siap komen dalam video Oyen berenang tersebut.

Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok. Baru-baru ini, Bandaraya Kuching di Sarawak telah dilanda banjir dan ramai yang telah terkesan dari bencana berkenaan.

Walaupun kini sudah semakin beransur pulih, diharap agar orang ramai sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca di kawasan masing-masing.

image is not available
Tular Satu Dunia, Oyen Redah Banjir Di Sarawak Kini Raih Ramai Peminat Di TikTok. Oyen berenang semasa banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

image is not available
Oyen berenang semasa banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

Oyen dari Kuching jadi influencer paling famous di Malaysia

Di dalam duka meredah dugaan banjir, terdapat sebuah video tular di TikTok dengan 12.7 Juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) baru-baru ini seekor kucing berwarna Jingga ‘Oyen’ dilihat berenang mengharungi banjir di Kuching, Sarawak.

Video berkenaan bukan sahaja tular di negara kita, malah ramai orang-orang luar dari pelbagai negara turut hadir di ruangan komen memberi pendapat mereka melihat Oyen berkenaan berenang meredah banjir sambil dimarahi oleh pemiliknya yang menyuruhnya pulang ke rumah.

Pengikut akaun TikTok berkenaan juga naik mendadak sehingga puluhan ribu kerana ramai yang ingin melihat video gelagat si Oyen berkenaan.

image is not available
Keadaan Oyen selepas banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

image is not available
Keadaan Oyen selepas banjir. Foto tangkap layar dari TikTok @zarra009

Walaupun ramai risau, Oyen kini dalam keadaan sihat walafiat sahaja

Pada mulanya, ramai yang risau melihat keadaan si Oyen berenang mengharungi banjir yang di lihat agak dalam itu. Namun demikian, pemiliknya dilihat telah menambah video baharu menunjukkan Oyen kini dalam keadaan yang sihat dan selamat sahaja.

Kucing merupakan salah satu makhluk yang amat curiga dan mempunyai tahap ingin ambil tahu yang sangat tinggi, jadi anda jangan hairan kalau lihat macam-macam gelagat kelakar serta pelik yang dilakukan oleh kucing-kucing ini.

Walaupun kucing amat curiga, anda sebagai pemiliknya juga wajib bertanggungjawab atas keselamatan haiwan peliharaan yang comel ini. Jika berlakunya bencana alam yang tidak dapat dielak seperti banjir ini, ia adalah tanggungjawab kita untuk sentiasa peka dengan keselamatan haiwan peliharaan yang kita miliki.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: