Google Meet Kini Memudahkan Anda Mengawal Pembentangan Bersama-sama Rakan Lain

TechnologyDigital
24 Apr 2023 • 8:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Meet selama ini hanya membenarkan pembentangan dilakukan dan dikawal oleh seorang sahaja pada sesuatu masa. Kini, perkara berkenaan berubah, melalui ciri “Co-Present”.

Ditawarkan melalui Chrome di desktop buat masa ini, ia membolehkan lebih dari seorang mengawal sesuatu fail pembentangan bersama-sama rakan lain.

image is not available

Rakan yang dipilih tersebut juga boleh melihat para peserta lain, termasuk mengawal pembentangan, dan menamatkan pembentangan berkenaan.

Dengan langkah ini, Google mengatakan pengguna boleh bekerjasama secara lebih efektif, terutamanya ketika bertugas secara jarak jauh atau di rumah.

Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua. Pembentangan utama hanya perlu klik pada nama mana-mana peserta lain di Google Meet, dan memilih mereka sebagai “Co-Presenter’ untuk mengaktifkan ciri ini.