Google Membayar $68 Juta Untuk Menyelesaikan Tuntutan Kes Saman Google Assistant

TechnologyBusiness & Finance
27 Jan 2026 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebelum Gemini, Google Assistant merupakan “pembantu maya” yang diperkenalkan Google yang ditawarkan untuk membantu pengguna peranti Google dengan kemampuan melakukan sejumlah tugasan ringkas.

Akan tetapi, pada tahun 2024, Google telah disaman kerana Google Assistant dikatakan mendengar perbualan pengguna tanpa kebenaran ataupun pengetahuan mereka. Secara teknikalnya, peranti-peranti dengan sokongan Google Assistant sebelum ini akan mendengar percakapn pengguna untuk arahan “Hey Google” sebelum ia diaktifkan.

image is not available

Akan tetapi, beberapa isu seperti “false accepts” atau pengesahan palsu yang memperlihatkan Google Assistant diaktifkan walaupun pengguna tidak mengatakan Hey Google untuk mengaktifkannya membuatkan ramai pengguna merasakan bahawa semua perbualan mereka sedang didengari dan dirakam oleh peranti mereka.

Google dilaporkan telah menyelesaikan tuntutan kes saman ini dengan bayaran $68 juta baru-baru ini untuk tidak melengahkan masa lagi, walaupun pihak tersebut juga masih tegas dalam mengatakan bahawa Google Assistant tidak merakam perbualan pengguna tanpa kebenaran.

Ini juga bukanlah sebuah kes yang unik kepada Google. Pada tahun 2021, Apple juga telah membayar sebanyak $95 juta untuk kes tuntutan yang sama untuk pembantu maya mereka sendiri, iaitu Siri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved