Google Perkenal “Personal Intelligence” Pada Gemini – Mengintegrasikan Data GMail, YouTube, Google Photos dan Google Search

TechnologyDigital
15 Jan 2026 • 9:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google hari ini mengumumkan pengenalan fungsi baru pada Gemini, dinamakan sebagai Personal Intelligence atau “Kecerdasan Peribadi”. Melaluinya, ia memfokuskan kepada penawaran khusus untuk setiap pengguna, di mana ia menyertakan data dan informasi daripada GMail, penggunaan YouTube, simpanan gambar Google Photos dan juga hasil carian Google, dalam memaparkan hasil akhir kepada pengguna.

Ciri ini ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu, khusus untuk pelanggan Google AI Pro dan juga Google AI Ultra.

image is not available

Dengan penawaran ciri ini, ia membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai jawapan berasaskan kepada konteks mereka tersendiri, termasuk mengambil kira pelbagai perkara melibatkan seseorang pengguna. Langkah ini turut membolehkan Gemini menganalisa apa yang anda minat dan citarasa peribadi, dan mengaitkan dengan pelbagai data dan sejarah sebelumnya.

Sebagai contoh, anda boleh meminta ia mencadangkan tempat bercuti, dan ia akan mengambil kira perjalanan dan percutian anda sebelumnya, sekaligus memberikan cadangan baharu. Dalam contoh juga, Google bertanyakan akan saiz tayar kereta dan juga nombor plat kereta, dan Gemini membantu dalam urusan berkenaan.

Ciri “Personal Intelligence” juga memposisikan Google sebagai peneraju dalam arena kecerdasan buatan, memandangkan mereka mempunyai pelbagai perkhidmatan yang menghubungkan pengguna. Ini juga mungkin merupakan salah satu ciri yang sukar ditawarkan oleh OpenAI dengan integrasi menyeluruh seperti Google.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved