Google Membayar RM126 Bilion Untuk Menjadi Enjin Carian Utama Pada Pelbagai Peranti Di Pasaran

TechnologyDigital
28 Oct 2023 • 6:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disebabkan oleh Amerika sedang menyaman Google kerana perniagaan yang didakwa dilakukan secara monopoli, beberapa info baru hadir ketika dalam perbicaraan. Dalam kes yang sedang dibicarakan, Google berkongsi telah membayar sejumlah $26.3 bilion(~RM126 bilion) kepada Apple, Firefox, Samsung, serta pelbagai pengeluar peranti dan pelayar web di pasaran supaya Google Search dijadikan enjin carian utama – pada tahun 2021.

image is not available

Dari jumlah ini, $18 bilion dianggarkan dibayar kepada Apple. Google turut dilaporkan menghalang Samsung menggunakan enjin carian sendiri, dalam usaha Google Search kekal sebagai enjin carian utama. Walaupun jumlah yang dibayar untuk menjadi enjin carian utama dilihat agak tinggi, namun pendapatan yang dijana oleh bahagian pengiklanan Google adalah berkali ganda lebih tinggi, mencecah $165 bilion pada tahun lalu. Dalam usaha untuk terus mendominasi pasaran ini, Google dilihat sanggup berbelanja besar.

Di negara Kesatuan Eropah, Google diminta membenarkan enjin carian utama dipilih sendiri oleh pemilik peranti Android ketika peranti ditetapkan bagi mengelakkan Google Search terus memonopoli pasaran.