Google Membuang 200 Pekerja Di Bahagian Perniagaan Global Mereka

TechnologyDigital
8 May 2025 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Google telah membuang sejumlah pekerja mereka, kali ini di bahagian perniagaan global mereka, yang secara lazimnya merangkumi pekerja-pekerja yang bertanggungjawab untuk jualan produk dan perkhidmatan, dan juga kerjasama dengan syarikat-syarikat lain.

image is not available

Menurut laporan The Information, Google masih dalam fasa mengubah fokus mereka kepada pelaburan dalam bahagian AI, dan perkara ini nampaknya disahkan oleh pihak Google sendiri yang mengatakan bahawa beberapa perubahan sedang dilakukan didalam pasukan-pasukan Google, dan bahagian perniagaan global tersebut yang nampaknya terkesan dengan keputusan tersebut.

Google baru sahaja membuang beberapa ratus pekerja untuk sejumlah bahagian syarikat seperti Android, Pixel, Chrome dan sebagainya seawal bulan lepas, dan setakat ini, seramai beberapa ribu pekerja sejak awal 2024.