Google Mengatakan Kini Pengguna Lebih Gemarkan Rumusan Mengikut Konteks Yang Diberikan AI, Berbanding Pautan Web

TechnologyOpinion
16 Sep 2025 • 9:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google baru-baru ini telah disaman oleh penerbit kandungan, mengatakan penggunaan AI Overviews pada halaman carian membawa kepada kesan negatif trafik mereka. Lanjutan daripadanya, pihak Google kini turut memberikan komen berkaitan perkara ini.

Menurut Google, mereka akan terus mengekalkan ekosistem hasil carian yang memaparkan pautan ke web-web penerbit kandungan seluruh dunia. Ada sejumlah pengguna yang mengemarinya, namun dari segi permintaan kebelakangan ini, Google mengatakan ia mengalami perubahan.

image is not available
Paparan AI Overview pada carian Google

Pengguna kini lebih inginkan rumusan atau jawapan mengikut konteks, berbanding dengan melihat hasil carian dengan 10 pautan. Google memaparkan rumusan ringkas pada bahagian atas hasil carian, sekaligus memudahkan pengguna memahami atau mendapatkan jawapan berkaitan sesuatu perkara – dan klik pada pautan sekiranya inginkan jawapan lanjutan.

Penawaran seperti ini turut ditawarkan oleh ChatGPT dan beberapa penyedia lain. Google sendiri kini dalam proses memperkenalkan mod carian baharu, dinamakan AI Mode pada halaman carian utama mereka.

Dengan peralihan kaedah penggunaan, Google turut menyesuaikan penawaran mereka. Namun, Google menekankan mereka akan terus mengekalkan paparan pautan dibawah hasil carian seperti sebelum ini, sekaligus memastikan ekosistem yang sihat.