Google Mengumumkan Pautan Goo.gl Akan Berhenti Beroperasi Selepas Ogos 2025

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sebelum ini telah menawarkan perkhidmatan memendekkan URL, dinamakan Goo.gl. Namun, selepas menawarkan perkhidmatan memendekkan URL untuk beberapa tahun, perkhidmatan tersebut ditamatkan pada 2019 yang lepas, membuatkan tiada lagi pautan baharu yang boleh dijana.

Kini, lanjutan daripadanya, Google mengumumkan semua pautan yang dijana tidak lagi akan beroperasi selepas 25 Ogos 2025 kelak.

image is not available

Google menyatakan berkuat-kuasa 23 Ogos 2024, mereka akan mula memaparkan notifikasi yang mana pautan tersebut akan berhenti beroperasi tidak lama lagi, dan seterusnya ditamatkan selepas selang setahun.

Memandangkan tiada sebarang pautan baharu yang dijana dalam tempoh sekitar 5 tahun kebelakangan ini, berkemungkinan besar impak perubahan ini adalah kecil. Bagi anda sendiri, bilakah kali terakhir anda menemui perkongsian pautan Goo.gl ini?