TikTok Mula Memperluaskan Perkhidmatan Meliputi Penawaran Kupon Dan Baucar

TechnologyDigital
13 Jul 2024 • 9:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok kini dilihat mula memperluaskan perkhidmatan mereka melalui penawaran baharu dinamakan sebagai TikTok Local Services. Buat masa ini, ciri ini diuji di Indonesia dan juga Thailand.

Dibawah perkhidmatan TikTok Local Services ini, ia menawarkan baucar dan kupon diskaun untuk beberapa restoran, penerbangan dan juga hotel – terus melalui perkhidmatan TikTok. Ini sekaligus membolehkan pengguna menebusnya, dan seterusnya menggunakan ia dalam mendapatkan perkhidmatan di restoran atau tempat-tempat berkaitan.

TikTok menyatakan ciri ini masih pada peringkat ujian awal, dan hanya dipaparkan kepada segelintir kecil pengguna di Indonesia dan Thailand sahaja buat masa ini. Tidak mustahil sekiranya semua berjalan lancar, ujian ini diperluaskan kepada pengguna lain secara berperingkat.

Ia dikatakan TikTok turut mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan penyedia tempatan untuk menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran makanan.

Langkah-langkah ini dilihat diambil oleh TikTok dalam memperluaskan penawaran mereka, disamping turut menjana pendapatan melaluinya.