Google Mengumumkan Protokol UCP Untuk Ejen AI Membeli Belah Atas Talian

TechnologyDigital
12 Jan 2026 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google mengumumkan Universal Commerce Protocol (UCP) iaitu piawaian terbuka yang membolehkan ejen kecerdasan buatan (AI) menguruskan keseluruhan proses membeli-belah di atas talian. Ia boleh melakukan proses carian produk, melakukan pembelian dan juga sokongan pasca pembelian sekaligus tanpa melibatkan pelbagai ejen AI berbeza untuk setiap langkah di atas.

image is not available

UCP dibangunkan dengan kerjasama Shopify, Etsy, Wayfair, Target, Walmart, dan lain‑lain untuk menyatukan cara ejen AI berinteraksi dengan stor atas talian. Ia serasi dengan protokol ejen AI lain seperti Agent Payments Protocol (AP2), Agent2Agent (A2A), dan Model Context Protocol (MCP).

Produk terawal menyokong UCP ialah AI Mode Search dan aplikasi Gemini, membolehkan pengguna membeli terus produk secara terus dengan bayaran menggunakan Google Pay dengan PayPal akan ditambah kemudian.

image is not available

Turut diumumkan hari ini ialah Business Agent yang merupakan AI yang menjadi wakil jenama terus daripada dalam Search. Business Agent menjawab soalan mengenai produk yang dijual oleh jenama dan beroperasi sebagai wakil jualan maya atas talian.

Ciri ini akan diaktifkan esok di Amerika Syarikat untuk jenama seperti Lowe’s, Michael’s, Poshmark, dan Reebok. Jenama yang ingin menggunakan Business Agent boleh mengaktifkannya menerusi Merchant Center dengan ejen AI akan dilatih menggunakan data mereka sendiri dan kemudian menerima akses kepada UCP.