Tiga tahun lepas, Alphabet X iaitu salah satu syarikat Google mula menggunakan Everyday Robot untuk kerja pembersihan remeh di sekitar kampus. Semasa melepaskan ramai pekerja pada tahun lepas, Google turut berhenti menggunakan robot ini. Terbaru, Everyday Robot ini telah dikitar semula untuk diintegrasikan dengan Gemini pula.
Google menguji robot dengan Gemini ini di pejabat DeepMind khusus untuk arahan selok-belok. Robot ini boleh memahami arahan manusia dengan menyebut “OK, Robot”. Salah satu contoh arahan diberikan adalah menjemput robot ini untuk melukis di papan putih, ia akan kata “OK, give me a minute. Thinking with Gemini …”. Wakil Google turut melukis peta dengan tangan pada papan putih dengan label “Blue Area” untuk mengarahkan robot ikut peta dan bergerak ke destinasi sendiri. Mengejutkan ia boleh faham dan berjaya sampai.

Ujian ini memperlihatkan hasil berjaya 90% selepas 50 interaksi berbeza dengan pekerja Google. Buat masa ini masih tidak pasti sama ada Google akan melancarkan robot baharu atau AI generatif pada robot hanya sekadar ujian peringkat awal. Dengan robot yang sudah mula diintegrasikan dengan AI yang boleh belajar dan memahami sendiri, adakah kejadian Skynet dalam filem Transformers akan menjadi kenyataan?
