Google Mungkin Akan Hadir Dengan Pesaing Apple AirTag

TechnologyDigital
17 Jan 2023 • 3:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebanyakan pengeluar peranti sejak kebelakangan ini sudah hadir dengan penjejak objek masing-masing. Samsung dengan Galaxy SmartTag, Apple dengan AirTag atau Huawei dengan S-Tag. Produk ini dikeluarkan agar pengeluar peranti boleh memanfaatkan ciri UWB pada peranti mereka dan turut menambah produk dalam ekosistem masing-masing.

Terkini, Google dilaporkan turut akan hadir dengan produk penjejak objek tersendiri di bawah kod nama Grogu. Produk ini turut mempunyai kod nama Groguaudio, mencadangkan ia turut akan menyokong audio apabila berjaya dijejak oleh peranti. Sumber menyatakan, Grogu dibangunkan oleh pasukan sama yang membangunkan produk-produk Nest dan penjejak objek ini turut akan hadir dengan pelbagai pilihan warna – mungkin seperti Chromecast with Google TV.

Tahun lepas, Google turut dilaporkan sedang menyertakan kod memberi amaran kepada pengguna jika ada peranti tidak dikenali terkesan terus di dalam Android. Ini bermakna, penjejak objek Google turut akan mempunyai ciri seakan Apple AirTag untuk mengelak pengguna tidak bertanggungjawab menghendap orang lain.