LeEco S1 Pro Adalah Klon iPhone 14 Pro Dengan Dynamic Island

TechnologyDigital
16 Jan 2023 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Setiap kali Apple melancarkan iPhone baharu, pengeluar peranti dari China pasti akan hadir dengan peranti dengan rekaan atau ciri lebih kurang sama dalam versi Android. Antara jenama yang aktif hadir dengan peranti sebegini adalah LeTV.

image is not available

Tahun lepas mereka hadir dengan LeTV Y1 Pro yang mirip dengan iPhone 13. Kini mereka telah melancarkan LeEco S1 Pro yang jelas sekali adalah tiruan kepada iPhone 14 Pro. Bukan rekaan sahaja disalin, tetapi ciri unik seperti Dynamic Island turut disertakan pada peranti ini.

image is not available

Peranti ini hadir dengan skrin LCD 6.5-inci HD+ 60Hz, dijana cip 12nm Zhanrui T7510 dengan kuasa 1.8GHz dan GPU Imagination 9446 800MHz serta dipadankan dengan memori 8GB RAM dan 128GB storan dalaman. Bateri peranti adalah 5000mAh dengan pengecasan 10W dan konfigurasi kamera adalah 13MP di belakang dan 5MP di hadapan.

image is not available

LeEco S1 Pro turut menjalankan sistem operasi Android dengan Huawei Mobile Services, bermakna peranti ini dimuatkan dengan gedung aplikasi Huawei AppGallery dan menyokong sambungan Peranti Internet Benda (IoT) Huawei. Peranti ini turut menyokong sambungan 5G dan dijual pada harga RMB 899, iaitu sekitar RM579 sebuah.