Google Mungkin Akan Menawarkan Pelan Langganan Google One Lite

TechnologyDigital
25 Jul 2024 • 4:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google tahun ini telah memperkenalkan pelan langganan Google One AI Premium untuk storan awan 2TB dan juga akses kepada chatbot Gemini Advanced 1.5 Pro. Pelan ini turut memberikan pengguna pelbagai manfaat Google Photos dan beberapa ganjaran lain. Terbaru, Google mungkin akan menawarkan pelan Google One Lite.

image is not available
Senarai pelan di Malaysia sekarang

Menurut laporan Android Authority, pelan Google One Lite ditemui dalam kod pembangunan aplikasi Google Photos mencadangkan ia mungkin adalah pelan khas berkaitan dengan aplikasi album ini. Mungkin pelan khas untuk menikmati ciri suntingan premium dengan kuota Google Drive yang terhad boleh ditawarkan seperti aplikasi Picsart?

Pelan sekarang adalah Basic dengan 100GB, Standard dengan 200GB, Premium dengan 2/5/10/20/30 TB dan AI Premium dengan 2TB (bersama-sama Gemini Advanced). Google One Lite mungkin berada di antara Premium dan Standard. Sama-sama kita nantikan apakah butiran di sebalik pelan langganan Lite ini?