Langgan U Home 5G dengan TV Samsung 4K dan terima rebat selama 3 bulan, ini caranya

Digital
23 Jul 2024 • 9:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

U Mobile kini menawarkan kombo TV Samsung Crystal UHD DU7000 bersama dengan mana-mana langganan pelan U Home 5G mereka. Sebanyak 3 pelan boleh anda pertimbangkan iaitu:

  • U Home 5G (SIM + router 5G) – RM68/bulan
  • U Home 5G (SIM sahaja) – RM68/bulan
  • U Home 5G x sooka Premium – RM98/bulan

image is not available

Untuk TV pula, anda boleh pilih sama ada 50", 65", 75", dan 85" untuk dihimpunkan kedalam langganan tersebut. Ada dua saluran boleh anda dapatkan penawaran ini satu adalah U Save More dan satu lagi adalah U Pay Later.

U Pay Layter adalah kemudahan bayaran ansurans dengan kontrak sehingga 36 bulan. Jadi dalam satu bil, anda beroleh sambungan Internet dan juga TV. Misalnya, sekiranya anda dapatkan pelan U Home 5G dengan route dan TV bersaiz 50", komitmen bulanan anda ialah RM133/bulan di bawah kontrak selama 36 bulan.

Seandainya anda mahu dapatkan TV secara bayaran penuh, TV dengan saiz yang sama ditawarkan pada harga RM2,094 dengan syarat anda melanggan mana-mana U Home 5G secara kontrak.

Ada satu promo yang sedang berjalan sehingga 31 Oktober 2024 ini. Kalau anda dapatkan penawaran U Home 5G dengan TV Samsung Crystal UHD DU7000 melalui U Pay Later sebelum tarikh tersebut, anda terima pengecualian bayaran bulanan sebanyak 3 bulan.

Bacaan berkaitan