Google One Kini Mempunyai 150 Juta Pelanggan

TechnologyDigital
16 May 2025 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google One merupakan khidmat langganan oleh Google, membolehkan pengguna mendapatkan storan tambahan, selain akses untuk khidmat kecerdasan buatan tambahan. Ia telah ditawarkan sejak beberapa tahun lepas, dan hari ini Google berkongsi mengatakan Google One kini mempunyai seramai 150 juta pelanggan.

Kali terakhir Google berkongsi angka adalah pada Februari 2024 lepas, dimana ia mencatatkan angka seramai 100 juta pelanggan.

Google One ditawarkan pada harga bermula RM8.49 sebulan untuk 100GB. Versi pilihan dengan AI pula hadir pada harga RM97.99 sebulan yang turut menyertakan storan sebanyak 2TB. Storan bersaiz paling besar yang ditawarkan adalah 30TB pada harga RM644.99 sebulan.

Google One merupakan salah satu penawaran Google yang mempelbagaikan lagi pendapatan mereka, dan tidak bergantung pada pengiklanan sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved