Google One Lite Dilancarkan Di India – RM3 Sebulan Untuk Storan 30GB

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 9:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelan Google One Lite pertama kali kami laporkan pada Julai lalu dengan ia menawarkan storan awanan pada harga yang lebih rahmah. Hari ini pelan Google One Lite akhirnya dilancarkan di India dengan ia boleh dilanggan pada harga 59 (~RM 3) sebulan dan menawarkan storan sebesar 30GB.

image is not available
Gambar oleh Indian Express

Di Malaysia pelan Google One paling mampu milik ialah RM8.49 sebulan dengan storan Basic 100GB. Google One Lite jelas menyasarkan golongan yang bukan sahaja tidak mahu membayar langganan yang mahal tetapi juga tidak memerlukan storan awanan yang besar.

Belum diketahui bila atau sama ada pelan Lite akan ditawarkan ke pasaran lain. Sejak tidak lagi menawarkan storan Google Photos tanpa had, pelan seperti ini sudah menjadi satu keperluan jika pengguna ingin mempunyai sandaran dokumen yang penting di awanan.

Selain itu Google juga menawarkan pelan Premium 2TB (RM 42.99), Premium 5TB (RM 107.49), Premium 10TB (RM 214.99), Premium 20TB (RM 429.99) dan Premium 30TB (RM 644.99).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved