OpenAI Dilaporkan Pertimbang Caj Langganan Lebih Mahal Untuk Model Baharu

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI pada hari ini mengenakan caj sebanyak $20 sebulan untuk mengakses ChatGPT Plus, yang memberikan akses kepada model ChatGPT-4o. Tidak setakat itu, dalam mempelbagaikan lagi pendapatan mereka, kini hadir laporan OpenAI mempertimbangkan caj harga langganan yang lebih mahal bagi model akan datang yang sedang dibangunkan.

Harga langganan tambahan tidak diketahui lagi, tetapi harga langganan sehingga $2000 sebulan sedang dipertimbangkan – berkemungkinan untuk penggunaan perusahaan atau berkumpulan.

Sebelum ini, ia telah dikatakan OpenAI sedang membangunkan model kecerdasan buatan baharu dengan nama kod “Strawberry”, yang mana boleh menyelesaikan lebih banyak perkara kompleks dengan baik – termasuk mengeja “Strawberry” tersebut sendiri dengan tepat.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini model baharu ini akan diperkenalkan kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved