Google Operation Blue Skies Gunakan AI Kurangkan Pemanasan Global Disebabkan Aktiviti Penerbangan

TechnologyEnvironment
18 Aug 2026 • 10:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Operation Blue Skies Gunakan AI Kurangkan Pemanasan Global Disebabkan Aktiviti Penerbangan

Google bekerjasama dengan kerajaan United Kingdom untuk melancarkan Operation Blue Skies yang ingin mengurangkan impak kesan iklim penerbangan disebabkan oleh pembentukan kontrail atau wap air oleh enjin pesawat. Walaupun kelihatan tidak berbahaya, kontrail di belakang laluan pesawat menyumbang kira-kira sepertiga daripada kesan iklim disebabkan aktiviti penerbangan.

Image from: Google Operation Blue Skies Gunakan AI Kurangkan Pemanasan Global Disebabkan Aktiviti Penerbangan

Operation Blue Skies akan dilakukan di ruang udara Shanwick di Atlantik Utara yang menyumbang ~5% pemanasan global akibat kontrail. Program akan berlangsung selama 30 bulan dengan dua percubaan operasi masing-masing selama 4 bulan melibatkan ~10,000 penerbangan setiap tahun. Sebahagian kecil penerbangan akan dialihkan sedikit untuk mengelakkan pembentukan kontrail yang menyebabkan pemanasan suhu.

Google UK akan membangunkan model AI yang meramal dan mengelakkan kontrail yang meningkatkan suhu. Imperial College London dan University of Cambridge akan menilai ujian yang dilakukan serta mengesahkan impak terhadap iklim. Jabatan Meteorologi pula akan menggunakan data untuk membangunkan model ramalan pembentukan kontail untuk digunakan UK.

Mengelakkan pembentukan kontrail dianggap salah satu cara paling efektif untuk mengurangkan kesan iklim oleh aktiviti penerbangan. Operation Blue Skies bertujuan membuktikan bahawa mengurangkan pembentukan kontrail di ruang udara adalah praktikal dan boleh dijadikan pelan masa depan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved