Google Pay Menambah Sokongan Untuk TNG eWallet Dan ShopeePay

TechnologyDigital
22 Apr 2025 • 2:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini membuat kejutan dan mengumumkan integrasi TNG eWallet dan juga ShopeePay pada Google Pay, khusus untuk pengguna Android di Malaysia terlebih dahulu. Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan pembayaran menggunakan dompet digital TNG eWallet atau ShopeePay melalui perkhidmatan yang menyokong Google Pay.

image is not available

image is not available

Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh melakukan pembayaran pada pelayar web Chrome menggunakan integrasi Google Pay, tanpa perlu bertukar aplikasi. Anda hanya perlu menambah sokongan dompet digital berkenaan pada Google Pay, dan melakukan pengesahan dengan mudah melaluinya. Integrasi ini juga turut membolehkan pengguna melakukan pembayaran secara fizikal di sejumlah lokasi yang menyokong pembayaran Google Pay.

Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Malaysia.