Google Perkenal Aplikasi Gemini Untuk Pengguna macOS

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 9:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google hari ini memperkenalkan aplikasi Gemini untuk para pengguna macOS, sekaligus memudahkan anda untuk mengakses sokongan kecerdasan buatan janaan Gemini terus daripada desktop tanpa perlu membuka pelayar web.

image is not available

Dengan aplikasi desktop ini juga, pengguna turut boleh berkongsi kepada Gemini skrin semasa yang sedang ditatap oleh mereka, seterusnya bertanyakan pelbagai persoalan dan arahan kepada Gemini.

Google turut menyertakan sokongan kekunci pintas Option + Space untuk mengaktifkan Gemini, dan menggunakannya. Aplikasi Gemini ini turut menyertakan sokongan penjanaan imej Nano Banana, selain penjanaan video Veo – sekaligus meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan lagi tugasan anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Gemini untuk macOS. Anda perlu menggunakan macOS 15 dan terkini untuk menggunakannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved