Google Photos Dikemaskini Dengan Ciri Suntingan Video Lebih Baik

TechnologyDigital
10 Dec 2025 • 10:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Photos adalah aplikasi untuk gambar tetapi dengan video kini menjadi medium pilihan untuk perkongsian di media sosial, ia telah dikemaskini dengan ciri suntingan video yang lebih baik. Ciri pertama ialah menghasilkan video sorotan daripada gambar lebih mudah menggunakan templat. Pengguna hanya perlu memilih gambar yang ingin digunakan, pilihan templat dan lagu. Photos kemudian akan menjana video sorotan secara automatik.

image is not available

Ciri suntingan video ditambah baik dengan kemudahan memasukkan lagu, teks hiasan dan mengubah nisbah saiz video. Menyambungkan beberapa klip menjadi satu video panjang juga dipermudahkan. Video juga boleh disunting untuk mengubah warna menerusi penapis, distabilkan daripada gegaran dan pelbagai lagi ciri yang kini sudah menjadi standard dalam aplikasi video lain seperti TikTok dan Instagram.

Dengan pengenalan ciri-ciri ini, Google ingin menjadikan Photos aplikasi setempat untuk menyunting gambar serta video tanpa pengguna perlu memuat naik aplikasi lain. Ciri yang diumumkan ini sudah mula diterima peranti Android dengan ia akan diberikan pada peranti iOS dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved