Google Photos Gagal Berfungsi Selepas Kemaskini iOS 16.3.1

TechnologyDigital
14 Feb 2023 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple memberikan kemas kini iOS 16.3.1 dan iPadOS 16.3.1 pagi ini bagi menampal kerentanan sekuriti Webkit yang boleh dieksploitasi bagi mengambil alih peranti pengguna. Tampalan sekuriti adalah baik untuk keselamatan tetapi pengguna kini melaporkan Google Photos bermasalah selepas peranti dinaiktaraf.

image is not available

Antara isu yang dilaporkan ialah aplikasi tidak boleh dilancarkan atau tergendala secara rawak. Ini berlaku pada aplikasi versi iPhone dan iPad. Aplikasi mungkin perlu dikemaskini oleh Google terlebih dahulu sebelum ia boleh kembali berfungsi dengan lancar. Buat masa ini menampal kerentanan sekuriti mungkin adalah lebih perlu berbanding mengakses Google Photos pada peranti mudah alih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved