Google Photos Kelak Akan Melabel Imej Yang Dijana AI

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Imej yang dijana model kecerdasan buatan generatif semakin lama menjadi semakin realistik. Jika tidak diteliti dengan betul, sesiapa sahaja boleh keliru dan boleh mengundang pelbagai masalah seperti isu fitnah. Disebabkan itu beberapa platform AI meletakkan tera air dan platform media sosial pula mula melabelkan imej yang berkenaan. Terbaru, Google Photos kelak turut akan melakukan perkara yang sama.

Menurut laporan Android Authority, aplikasi Google Photos telah mempunyai beberapa kod yang bakal mengaktifkan ciri memberitahu pengguna imej mana yang dijana dengan AI. Ciri ini mengesan metadata pada imej dan akan memaparkan kredit IPTC. Lebih menarik, Google Photos turut akan menyokong paparan sumber di mana imej tersebut dijana. Ini kerana semua imej yang dijana AI mempunyai identiti digital masing-masing.

Buat masa ini masih tidak tahu bila ciri ini akan diberikan kepada pengguna. Apa-apa pun, ia adalah ciri yang penting dan wajib untuk semua agar tidak terkeliru dengan imej realistik dijana AI.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved