Google Photos adalah yang perkhidmatan storan awan khusus untuk menyimpan gambar dan video. Terbaru Google Photos untuk web telah dikemaskini untuk menyokong ciri suntingan yang sama pada aplikasi Android dan iOS. Antara ciri yang ditawarkan adalah Portrait Light, Portrait Blur, Dynamic, Color Pop, HDR, dan Sky. Ciri ini eksklusif untuk pengguna yang melanggan Google One sahaja.

Google turut menyatakan yang untuk menggunakan ciri suntingan ini komputer pengguna harus mempunyai memori sekurang-kurangnya 4GB RAM. Masih ada beberapa ciri suntingan yang tidak ditawarkan seperti Magic Eraser. Google akan mengedarkan kemas kini ini secara berperingkat kerana ketika artikel ini ditulis saya masih tidak dapat menggunakannya walaupun sudah melanggan Google One.
- Sumber


