Microsoft Menguji File Explorer Dengan Fokus Kepada Storan Awan

TechnologyDigital
8 Jun 2023 • 5:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengurus fail pada Windows 11 adalah File Explorer. Microsoft telah melakukan perubahan dengan menambah tab untuk pengguna lebih terurus apabila menyelesaikan tugas. Baru-baru ini File Explorer yang lebih baharu dengan fokus kepada storan awan diperkenalkan kepada pengguna Windows Insider.

image is not available

Laman utama File Explorer kini boleh mencadangkan fail yang pengguna ingin akses dalam bentuk paparan imej thumbnail yang lebih besar. Selain itu senarai fail yang pernah diakses dan fail-fail kegemaran turut akan dipaparkan di laman ini.

image is not available

Paling menarik adalah integrasi OneDrive yang mana bar alamat File Explorer dengan bijak boleh mengenalpasti fail dalam komputer dan fail di awanan. Bukan itu sahaja, apabila pengguna mengakses fail dalam storan awan, bar alamat boleh memaparkan status ia sedang disandarkan serta kuota storan pengguna.

Buat masa ini ciri ini masih dalam peringkat ujian untuk pengguna Windows Insider. Ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan sebelum versi akhir yang stabil diberikan kepada semua pengguna.