Google Pixel 7a Dilancarkan Dengan Cip Tensor G2 Dan Kamera 64MP

TechnologyDigital
11 May 2023 • 2:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Pixel 7a diumumkan pagi ini dengan ia merupakan sebuah peranti Pixel yang lebih mampu milik berbanding Pixel 7 dan 7 Pro yang dilancarkan tahun lalu. Walaupun lebih murah, ia menggunakan cip Tensor 2 yang sama seperti dua peranti tadi.

image is not available

Peranti dilengkapi skrin 6.1″ AMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Tensor G2, dan bateri yang menyokong pengecasan 18W. Memori sebesar 8GB RAM, storan hanya 128GB UFS 3.1 dan kapasiti bateri 4300 mAh yang menyokong pengecasan berwayar serta nirwayar. Telefon ini juga mempunyai kemampuan kalis air IP67.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP dan lensa ultra sudut lebar 13MP. Di hadapan pula terdapat kamera 13MP. Sensor kamera utama kini 72% lebih besar berbanding yang digunakan pada Pixel 6a. Dari segi sokongan perisian pula, ia akan menerima kemaskini sehingga lima tahun.

image is not available

Peranti turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar yang tidak diberikan pada Pixel 6a tahun lalu. Harga jualan Google Pixel 7a ialah $499 (~RM2224) sebuah.