Redmi Note 12S Dengan Kamera 108MP Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM999

TechnologyDigital
11 May 2023 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 12S juga dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari ini. Ia membawakan harga jualan RM999 dan ketersediaan akan bermula 12 Mei akan datang. Lebih menariknya lagi apabila setiap pembelian didatangkan dengan Redmi Buds4 Lite secara percuma dan pembelian boleh dibuat menerusi pengedar dah Redmi di seluruh Malaysia.

image is not available

Redmi Note 12S dilengkapi dengan skrin AMOLED sebesar 6.43-inci FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio G96 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti juga mempunyai kamera utama 108MP (lebar) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 16MP. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 33W.