Google Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL Di Malaysia Sah Dilengkapi Skrin LTPO

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam mula tular di media sosial bahawa Google Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL di Malaysia, Singapura dan India tidak dilengkapi skrin LTPO Super Actua Display. Ini menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli yang terasa tertipu serikannya imej tular tersebut adalah benar.

image is not available

Hari ini Google telah mengemaskini spesifikasi yang dipaparkan pada laman Pixel Help dan mengesahkan peranti di tiga pasaran ini dilengkapi skrin LTPO Super Actua Display. Harus dinyatakan hanya Pixel 9 sahaja yang dilengkapi panel OLED tanpa LTPO walaupun skrin mencecah kadar segar semula 120Hz. Dengan ini tidak lagi timbul masalah dua versi peranti berbeza untuk pasaran Asia Tenggar serta India seperti yang diuar-uarkan semalam.

Bagi yang masih belum dapat melakukan keputusan sama ada siri Pixel 9 berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak. Sila klik gambar di bawah untuk membaca artikel 10 Kelebihan dan Kekurangan Google Pixel 9 yang telah kami terbitkan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved