Sebahagian Google Pixel Dilaporkan Mempunyai Kerentanan Sekuriti Berbahaya

TechnologyDigital
16 Aug 2024 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel adalah peranti Android yang digemari ramai. Selepas bertahun penantian, siri Pixel 9 akhirnya ditawarkan di Malaysia. Walaupun peranti Pixel mempunyai cip Titan, menjalankan Android stok dari Google dan lengkap dengan banyak ciri AI, peranti Pixel dilaporkan mempunyai kerentanan sekuriti yang serius.

image is not available

Menurut laporan iVerify, peranti Pixel yang dikeluarkan sejak September 2017 dan ke atas mempunyai aplikasi sistem Showcase.apk yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi Verizon bagi mempamerkan demo di reruai kedai. Ia boleh menerima fail melalui sambungan HTTP yang tidak disulitkan yang membolehkan penggodam mengakses peranti untuk mencuri fail atau menghantar perisian hasad.

iVerify telah melaporkannya kepada Google pada Mei lalu. Google kini mengatakan aplikasi tidak lagi digunakan oleh pihak Verizon dan akan memberikan kemas kini kepada semua Pixel dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Kerana ia adalah untuk syarikat Verizon, isu ini besar kemungkinan hanya menjejaskan peranti yang dibeli menerusi Verizon di Amerika Syarikat sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved