Google Pixel Akan Menerima Kemas Kini Jaminan Prestasi Jangka Masa Panjang

TechnologyDigital
11 Jan 2024 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google telah menewaskan Samsung dalam penawaran kemas kini peranti paling lama. Jika Samsung sekarang menawarkan 4+5 tahun, Google Pixel 8 menerima kemas kini selama 7 tahun. Bermakna, ia boleh bertahan sehingga Android 20 dan ke atas.

Terbaru, Mishaal Rahman melaporkan peranti Google Pixel dengan cip Tensor iaitu siri Pixel 6, Pixel 7 dan Pixel 8 bakal menerima kemas kini kernel Linux 16.1 yang merupakan penaiktarafan kepada versi sekarang 5.15. Buat masa ini masih tidak jelas apakah perubahan kernel ini akan memanfaatkan pengguna.

Tetapi menurut teori, ia berpotensi melanjutkan jangka hayat peranti untuk menerima kemas kini dengan lebih lama. Jika tidak, ia akan membawakan prestasi yang lebih lancar dan penggunaan kuasa yang lebih efisien untuk penggunaan jangka masa panjang.