CES 2024: Google TV kini sokong Fast Pair dan sesi cast TikTok

Digital
10 Jan 2024 • 4:02 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain daripada pengumuman berkaitan Quick Share, Google turut memperguna CES 2024 untuk berkongsikan dua perkara baharu yang bakal dinikmati pengguna Google TV. Kemas kini yang pertama adalah sokongan Fast Pair pada Google TV.

image is not available

Perkara ini membolehkan peranti Google TV mengesan aksesori Bluetooth yang padan dengannya untuk disuaikan. Contohnya sekiranya anda ingin sambungkan fon putik kepada Google TV, tak perlu lagi pergi ke Setting dan cari aksesori tersebut sebaliknya notifikasi pop-up akan dikeluarkan untuk memberitahu bahawa aksesori ini bersedia untuk ditambat.

Tidak terhad kepada fon putik, kini terdapat banyak solusi audio berasaskan Bluetooth dijual di luar sana. Produk seperti soundbar yang berkuasa tinggi juga boleh menafaatkan Fast Pair pada Google TV.

image is not available

Selesai dengan Fast Pair, Google turut mengatakan yang sokongan Chomecast turut diperluas. Bermula hari ini, kandungan daripada aplikasi TikTok boleh di Cast ke Google TV. Hal ini bermakna, anda boleh cari ikon Cast di kandungan TikTok sewaktu menontonnya di telefon untuk disalurkan kepada skrin yang lebih besar.

Selain Google TV, Chromecast juga tersedua untuk banyak lagi TV pintar lain menjalankan sistem operasi berasaskan Android. Selain daripada TIkTok, banyak lagi kandungan akan menyokong fungi Cast tak lama lagi seperti Spotify dan juga YouTube Music daripada telefon kepada Tablet misalnya.

Sumber: Google