Google Pixel Fold Mungkin Akan Dilancarkan Di Google I/O Pada 10 Mei Ini

TechnologyDigital
18 Apr 2023 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal tahun lepas ketika peranti dengan skrin boleh-lipat Google dikatakan adalah Pixel Notepad peniris menjangkakan peranti ini akan dijual pada harga lebih mura berbanding Samsung Galaxy Z Fold3 iaitu $1400 atau sekitar RM5865.

Kini peranti ini dikatakan adalah Pixel Fold dan peniris baharu mendakwa harga jualan peranti ini lebih kurang sama dengan Samsung Galaxy Z Fold4 ($1799.99) pula iaitu $1799 sekitar RM7982.

image is not available

Peranti dijangka akan diumumkan pada 10 Mei bulan depan ketika acara Google I/O 2023. Pra-tempahan juga akan bermula pada tarikh sama dengan jualan bermula 27 Jun akan datang.

Peranti yang dikatakan adalah Pixel Fold ini akan menggunakan rekaan seakan Oppo Find N dengan elemen rekaan Pixel 7 yang semua sedia kenal. Tidak pasti jika Google akan kekal menggunakan kamera yang lebih lemah berbanding Pixel 6 seperti pernah dilaporkan sebelum ini.

Dalam pengalaman saya, jika benar $1799 adalah harga jualan di Amerika bermakna harga set import di Malaysia mungkin akan mencapai lebih RM8300.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved