Google Play Pass Kini Boleh Digunakan Di Malaysia – RM10.99 Sebulan Untuk Akses Permua Tanpa Had

TechnologyDigital
19 Aug 2023 • 11:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini dilihat telah mula memperkenalkan ciri Google Play Pass untuk pengguna di Malaysia – secara berperingkat. Untuk makluman, ia merupakan perkhidmatan langganan yang disediakan oleh Google untuk mengakses ratusan permainan mudah-alih (permua) tanpa iklan atau tanpa sebarang pembelian dalam aplikasi.

image is not available

Secara kasar, penawaran Google Play Pass ini boleh dikatakan sebagai antara alternatif kepada penawaran Apple Arcade pada platform iOS.

Sejumlah permua popular disediakan dibawah langganan ini, termasuk Monument Valley 2, Sonic The Hedgehog Classic, Stardew Valley dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, perkhidmatan ini boleh dilanggan pada harga RM10.99 sebulan di Malaysia, atau pada harga RM99.00 setahun. Anda boleh menyemak akses ke Google Play Pass ini telah diaktifkan kepada anda atau sebaliknya dengan ke aplikasi Google Play Store dan seterusnya tekan pada menu (dengan tap pada gambar profil). Menu akan memaparkan Google Play Pass, dan anda boleh melanggan melaluinya. Google turut menawarkan tempoh percubaan percuma selama sebulan bagi yang ingin menguji terlebih dahulu penawaran Google Play Pass ini.