Google Play Store Kelak Akan Mempunyai Pengurus Muat Turun

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 3:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sehingga hari ini saya masih tidak faham kenapa Android dan iOS kedua-dua gedung aplikasi rasmi masing-masing tidak mempunyai pengurus muat turun. Bukan semua orang menggemari melihat notifikasi progress muat turun dan memantau ikon aplikasi di skrin utama kembali boleh digunakan. Terbaru, Play Store akan hadir dengan pengurus muat turun tersendiri.

image is not available

Ia berbeza dengan sistem notifikasi yang memberitahu aplikasi sedang dimuat turun dan sedia digunakan. Terdapat ikon khas di bahagian atas yang berubah dari anak panah ke bawah dengan animasi gegelung hijau bergerak ke ikon tanda semak berwarna kelabu. Apabila ikon ini ditekan, satu tetingkap baharu akan muncul memaparkan aplikasi yang telah dipasang dan yang sedang dimuat turun.

Ciri ini masih dalam peringkat awal dan belum diaktifkan untuk pengguna. Setakat yang telah didedahkan ia terlampau asas sehinggakan tiada pilihan untuk menjeda atau menghentikan muat turun aplikasi. Secara asasnya ia adalah notifikasi memuat turun dari dalam aplikasi. Tiada informasi bila ciri ini akan diberikan kepada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved