Google Play Store Kini Memaparkan Lencana “Independent Security Review” Untuk Aplikasi Dijamin Selamat

TechnologyDigital
6 Nov 2023 • 11:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Store adalah antara gedung aplikasi Android paling selamat. Ini kerana ia dilengkapi dengan Google Play Protect yang mengimbas kod aplikasi yang dipasang secara sideload, membuang akses kebenaran ke aplikasi yang tidak digunakan dan banyak lagi.

image is not available

Terbaru, Google telah memperkenalkan lencana khas pula yang menjamin sesuatu aplikasi itu selamat kerana telah disemak untuk melepasi piawaian App Defense Alliance (ADA) baharu iaitu MASA (Mobile App Security Assessment). Aplikasi yang melepasi piawaian ini bermakna data pengguna tidak boleh diceroboh dan dijamin selamat. Lencana ini adalah Independent Security Review.

image is not available

Buat masa ini, aplikasi yang berhak menerima lencana ini adalah aplikasi VPN (Virtual Private Network) sahaja. Antara yang telah menerima lencana ini adalah NordVPN, Google One, ExpressVPN, Private Internet Access VPN dan beberapa lagi. Setiap aplikasi turut mempunyai laporan di Play Store yang membawa pengguna ke laman ADA untuk mengetahui lebih lanjut apa yang membuatkan setiap aplikasi ini dijamin selamat.