Google Podcasts Dimatikan Bermula 24 Jun

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Podcasts tidak lagi boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat sejak semalam. Ini memberikan persoalan bilakah pula aplikasi podsiar Google ini akan dihentikan di pasaran lain kerana mereka sebelum ini sekadar mengatakan aplikasi akan dimatikan pada awal 2024.

image is not available

Hari ini Google mengesahkan Podcasts akan dimatikan kepada pengguna global bermula 24 Jun hadapan. Pengguna disarankan memindahkan data pengguna ke YouTube Music yang akan menjadi “rumah baharu” untuk kesemua kandungan podsiar yang selama ini diakses menerusi Podcasts.

Turut diumumkan ialah Google Podcasts Manager tidak akan lagi berfungsi selepas 29 Julai di seluruh dunia. Bagi pemilik podsiar yang ingin memindahkan analitik kandungan ke laman lain, mereka disarankan mengakses Podcasts Manager. Google Podcast dilancarkan pada 2018 dan ia kini menjadi sebuah lagi perkhidmatan yang dimatikan oleh Google.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved