Yahoo Mengambil-Alih Aplikasi Artifact – Akan Mengintegrasikan Teknologi Disebaliknya Di Pelbagai Produk Yahoo

TechnologyDigital
3 Apr 2024 • 12:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yahoo hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih aplikasi pembacaan berita berasaskan kecerdasan buatan, iaitu Artifact. Untuk makluman, aplikasi ini telah diasaskan oleh pengasas Instagram, dan sebelum ini telah dijadualkan untuk ditamatkan.

Yahoo tidak lagi akan menawarkan aplikasi Artifact secara berasingan. Sebaliknya, pelbagai teknologi yang dikuasakan kecerdasan buatan dalam memperibadikan berita bagi setiap pengguna akan digunakan dan diintegrasikan pada pelbagai produk Yahoo – termasuk aplikasi Yahoo News.

image is not available

Yahoo mengatakan aplikasi Yahoo News sedia popular di Amerika Syarikat, dan integrasi ini dijangka akan menawarkan kualiti berita yang lebih dioptimasikan dan disesuaikan mengikut citarasa setiap pengguna.

Yahoo tidak menyatakan berapakah nilai pengambil-alihan untuk Artifact ini. Yahoo mengatakan kedua-dua pengasas aplikasi Artiface akan membantu Yahoo atas kapasiti penasihat untuk tempoh transisi pemindahan teknologi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved