Google Search Akan Menghukum Laman Gunakan Taktik Merampas Butang Belakang Pelayar Web

TechnologyDigital
15 Apr 2026 • 8:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Antara taktik keji yang semakin menjadi-jadi apabila pergi ke laman web ialah taktik yang diberi nama “back button hijacking”. Apabila butang ke belakang ditekan untuk kembali ke laman terdahulu, laman lain dengan iklan atau pautan berita lain pula dipaparkan. Anda boleh tekan beberapa kali dan masih tidak akan kembali ke laman terdahulu seperti sepatutnya.

image is not available

Google menyedari akan kewujudan taktik ini dan bermula 15 Jun 2026, akan mengenakan penalti pada enjin carian Search pada laman yang masih menggunakan rampasan butang kebelakang ini. Polisi ini diumumkan pada 13 April lalu dengan laman sedia ada diberikan masa dua bulan untuk membuang skrip rampasan butang yang digunakan sekiranya ada,

Kegagalan mengambil langkah membuang ciri ini akan menyebabkan ranking laman diturunkan atau tidak akan disenaraikan dalam carian Google di masa hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved