Google Search Dalam Proses Mengembalikan Semula Paparan Pertukaran Ringgit

TechnologyDigital
15 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Paparan pertukaran wang Ringgit ke mata wang lain dunia ditarik daripada Google Search pada Mac lalu selepas ia beberapa kali memberikan nilai yang salah. Harus diakui sejak itu proses menukar mata wang ke Ringgit menjadi sedikit leceh membuatkan kami sendiri terpaksa berpindah ke Bing.

image is not available

Pagi ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan dalam ciapan di akaun X beliau bahawa Google kini dalam proses mengembalikan semua widget berguna ini dan sedang menguji beberapa perkhidmatan data pertukaran wang yang boleh dipercayai ketepatannya bagi mengelakkan insiden yang sama berulang.

Bagi yang masih tegar dengan Google Search, cara lain untuk mendapatkan nilai pertukaran ialah dengan menukar wang ke mata wang Malawi terlebih dahulu kemudian tukar ke Ringgit Malaysia dengan melalukan satu skrol ke bawah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved