Google Search Live Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

LocalTechnology
27 Mar 2026 • 10:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Serentak dengan pelancaran model Gemini 3.1 Flash Live pagi ini, ciri Google Search Live juga akhirnya boleh digunakan di Malaysia. Sebelum ini ciri hanya boleh diakses penduduk Amerika Syarikat dan India.

image is not available

Menerusi Search Live, carian menggunakan perbualan suara dalam aplikasi Google untuk telefon pintar. Ikon Gemini kini diletakkan bersebelahan AI Mode dan Nano Banana dalam aplikasi. Aplikasi ditekan, carian menggunakan arahan suara dan perbualan masa nyata boleh dilakukan. Search Live adalah sama sahaja seperti Gemini Live dengan ia turut boleh melakukan carian dengan melihat menggunakan kamera peranti pengguna.

Dengan Gemini 3.1 Flash Live perbualan dengan Gemini akan lebih realistik serta semula jadi serta masa pendam sebelum jawapan diberikan adalah lebih pendek. Google Search Live menyokong perbualan dalam Bahasa Melayu serta 90 lagi bahasa di 200 negara serta wilayah seluruh dunia. Untuk menggunakannya sila buka aplikasi Google dalam peranti anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved