Gemini 3.1 Flash Live Dilancarkan Untuk Perbualan Lebih Realistik dan Pantas

TechnologyDigital
27 Mar 2026 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google memperkenalkan Gemini 3.1 Flash Live, model audio & suara paling berkualiti mereka setakat ini. Menerusinya perbualan dengan Gemini Live dan Search Live akan menjadi realistik dan lebih pantas. Ia kini Lebih tepat mengenalpasti nada dan tempo suara pengguna dan ia sendiri berbicara seperti manusia sebenar.

image is not available

Masa pendam sebelum jawapan diberikan juga lebih rendah berbanding Gemini 2.5 Flash Native Audio. Selain itu penambahbaikan dilakukan dimana ia boleh membezakan suara pengguna daripada bunyi persekitaran seperti trafik dan TV di latar belakang.

Gemini 3.1 Flash Live menyokong lebih 90 bahasa untuk perbualan multimodal masa nyata termasuk Bahasa Melayu. Model ini boleh diakses pengguna Gemini Live dan Search Live di lebih 200 negara atau wilayah global hari ini.