Google Tidak Akan Menuntut Hak Cipta Untuk Kandungan Yang Dijana AI

TechnologyDigital
17 Apr 2024 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tahun lepas lagi Google telah mempunyai Terma dan Syarat Tambahan Perkhidmatan AI Generatif. Google turut akan mengemaskini terma dan syarat penggunaan produk mereka setiap dua tahun dan baru-baru ini terma untuk AI telah dijadikan sebagai perkara utama untuk pengguna.

image is not available

Apa yang menarik dengan terma ini adalah, Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka. Misalnya jika anda menjana pantun dengan Gemini, anda boleh terus terbit dalam buku tanpa meminta kebenaran Google atau membayar lesen. Asalkan, pengguna patuh akan terma Google iaitu;

  • Tidak memperkenalkan Perisian Hasad.
    • Seperti spam, menggodam, atau cubaan melepasi sistem dan langkah perlindungan ditetapkan.
  • Jailbreak atau seangkatan dengannya tidak dibenarkan.
    • Kecuali sebagai sebahagian daripada program keselamatan dan ujian.
  • Tidak menipu.
    • Seperti phishing, mencipta akaun palsu, atau mengelirukan orang lain.
  • Tidak menyalahgunakan hak undang-undang.
    • Seperti melanggar hak cipta untuk menuntut hak cipta output AI sebagai karya diri sendiri.
  • Tidak melakukan Reverse Engineering.
    • Seperti mengeluarkan rahsia perdagangan atau maklumat eksklusif dengan menganalisis semula perkhidmatan atau teknologi tersedia.
  • Tidak menggunakan bot atau kaedah automatik.
    • Untuk melepasi had yang ditetapkan.
  • Tidak mengelirukan identiti.
    • Seperti menyembunyikan atau memalsukan identiti untuk melanggar terma-terma.
  • Menggalakkan pelanggaran terma.
    • Seperti menyediakan tutorial loophole penggunaan perkhidmatan yang jelas ada hadnya.